Skip to main content



 

 

 012-657 8370 ( ETON )

KETAHUI D.i.GROW


DI Grow adalah sejenis baja organik jenis cecair atau foliar yang dihasilkan di negara Malaysia tetapi menggunakan formula dan teknologi dari Amerika Syarikat. Ia adalah satu produk yang 100% berasaskan sumber organik asli dari ekstrak rumpai laut yang juga dikenali sebagai Acadian Seawead.
Negara maju di barat seperti di Eropah dan Amerka Syarikat menggunakan rumpai laut sebagai bahan asas untuk menghasilkan baja kerana Acadian Seawead telah terbukti berkesan mendorong kesuburan tumbuhan dan dalam masa yang sama mampu melipat gandakan hasil tuaian tanaman mereka.DiGrow merupakan baja cecair yang diperkuatkan dengan formulasi baru, kaya dengan makronutrien, mikonutrien, Asid Humik, dan Ekstrak Acadian Seaweed. Ia mesra alam dan membantu tumbesaran pokok pokok, sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan. Disamping memperbaiki kualiti tanah, ia juga meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil tanaman.

KANDUNGAN
- Makronutrien : Nitrogen, Fosforus, Natrium, Kalium, Magnesium, Kalsium.
- Mikronutrien : Besi, Mangan, Kuprum, Zink, Boron, Molibdenum.
- Nutrien : Asid Humik dan Ekstrak Acadian Seaweed

FUNGSI
- Makronutrien : Membantu tumbesaran tumbuh - tumbuhan, meningkatkan kualiti buah dan daun serta meningkatkan penghasilan biji dan buah.

- Mikronutrien : Penting bagi pembentukan klorofil dan diperlukan untuk fungsi enzim-enzim. Mereka memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan / pembiakan tanaman, pembentukan dinding sel, pengambilan kalsium serta pergerakan hormon.

- Nutrien Tambahan :
# ASID HUMIK dapat mengukuhkan tumbesaran tanaman, membantu penyerapan nutrien, serta memperbaiki kualiti tanah.

# EKSTRAK ACADIAN SEAWEED menambahkan kesuburan, nutrisi dan kualiti tanaman. Ia juga mengandungi asid alginik yang bertindak sebagai perapi tanah, memperbaiki keupayaan tanah untuk menakung air dan membantu pembentukan struktur tanah.

CIRI CIRI
- Menambah ketahanan tanaman terhadap penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan fungus.
- Membantu tanaman berbunga dan berbuah serta mengurangkan keguguran awal.
- Meningkatkan kadar fotosintesis dalam daun dan merangsang penyerapan nutrien akar tanaman.
- Meningkatkan hasil dan kualiti tanaman.
- Tidak toksik dan mesra alam

Apa itu "Ekstrak Acadian Seaweed"?
Diperolehi daripada sumber 100% Ascophyllum nodosum (sejenis rumpai laut coklat) segar yang berasal dari Laut Atlantik Utara. Penyimpanan (lebih daripada 60 jenis) nutrien semulajadi termasuk karbohidrat, asid amino dan sumber penggalak pertumbuhan semulajadi (sitokini, auksin, giberelin, betaine) meningkatkan kesihatan, nutrisi dan kualiti tanaman. Mengandungi asid alginik yang bertindak sebagai perapi tanah, memperbaiki keupayaan tanah untuk menakung air dan membantu pembentukkan struktur tanah.


Klik Gambar dibawah untuk Keterangan Lanjut

atau hubungi saya melalui Washap

012-657 8370 ( ETON )

http://bajadigro.landingbit.com/baja-organik-digrow

 

Comments